Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di USIM

Oleh SHAKIRAH SALLEHUDDIN 

 “Tiada percampuran kaum di antara bangsa Melayu, Cina dan India di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan salah satu faktor kurangnya keberkesanan komunikasi serta kurangnya penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar USIM”, ujar Prof Madya Dr Che Wan Chik Wan Ibrahim yang merupakan Profesor Bahasa Inggeris Undang-undang di USIM. Beliau turut berpendapat bahawa penambahan jam kredit bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris perlu bagi setiap semester serta di tambahkan mata pelajaran Bahasa Inggeris Pengkhususan seperti penulisan. Ini kerana beliau beranggapan bahawa pelajar USIM hanya mahir dalam komunikasi dan kurang mahir dalam penulisan dan pengkhususan lain dalam Bahasa Inggeris.            

 Selain itu, walaupun pelajar USIM menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam pembelajaran namun masih ramai lagi yang lemah dan tidak menguasai kedua-dua bahasa berbanding dengan pelajar Universiti lain yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam pembelajaran namun mereka mahir dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris kerana menggunakan tahap bahasa yang tinggi ketika mempelajari mata pelajaran bagi kedua-dua bahasa tersebut.   

  Beliau turut mencadangkan agar silibus mata pelajaran di Sekolah Rendah diubah agar pelajar mahir dalam penulisan dan komunikasi di dalam kedua-dua bahasa serta proses pembelajaran mestilah dibuat secara intensif dan praktikal agar persediaan pelajar sebelum melangkah ke menara gading dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris lebih baik dan mantap serta bersesuaian dengan tahap bahasa yang akan digunakan di peringkat Universiti .           

Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran, beliau tidak menganggap penggunaan Bahasa Inggeris sebagai satu cabaran kerana beliau berpengalaman luas dalam bidang Bahasa Inggeris dan menganggap bahawa ianya merupakan tanggungjawab pensyarah dalam menyampaikan ilmu serta memperbetulkan kesalahan pelajar semasa proses pembelajaran dalam kedua-dua bahasa agar pelajar tahu akan kesilapannya.                        

Kebiasaannya akan wujud jurang di antara pelajar dan pensyarah apabila perlu menggunakan kedua-dua bahasa ketika proses pembelajaran dan komunikasi kerana pelajar tidak mahir dan takut tersalah semasa menggunakan kedua-dua bahasa tersebut. Namun begitu, beliau tidak mempunyai masalah dari sudut hubungan dengan pelajar walaupun pada awalnya pelajar menjauhkan diri dan wujudnya jurang itu.            

Konsep asas Universiti Sains Islam Malaysia berteraskan kepada konsep kesepaduan ilmu naqli dan ilmu akli dalam semua program pengajian yang ditawarkan. Selain itu, USIM mempunyai keunikan tersendiri dalam semua bidang pengajiannya supaya ia berjaya mencapai objektif penubuhan yang ditetapkan, ini kerana USIM merupakan institusi pengajian tinggi yang bersifat lebih terfokus dan khusus dalam memberi tumpuan kepada bidang pengajian dan pendidikan Islam.              

Pada hakikatnya USIM memberi penekanan dalam semua program pengajian Islam yang menggunakan Bahasa Arab dan perolehan serta penguasaan ilmu perlu menerusi sumber dan saluran bahasa tradisi bidang ilmu berkenaan seperti Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris agar USIM dapat mengeluarkan graduan yang mahir dalam Bahasa Arab danBahasa Inggeris dalam semua aspek kemahirannya.

 Bagi pensyarah di Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Ustaz Wan Moharani bin Mohamed merasakan cabaran yang beliau perlu hadapi ketika proses pembelajaran yang menggunakan Bahasa Arab ialah mengulangi penerangan berulang-ulang kali dan masa yang agak lama diperlukan untuk memastikan pelajar benar-benar faham apa yang disampaikan ketika sesi pembelajaran.            

Namun begitu, beliau tidak beranggapan bahawa cabaran itu merupakan masalah, kerana penggunaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris merupakan peluang yang sangat baik untuk para pelajar mempelajari bahasa asing dan pelajar perlu menguasai kedua-dua bahasa tersebut bagi menambahkan kemahiran insaniah untuk keperluan dalam kehidupan seharian.           

  Selain itu, penggunaan kedua-dua bahasa di USIM dapat membezakan pelajar USIM dengan pelajar Universiti lain dan secara tidak langsung membantu para pelajar dan pensyarah untuk mendapatkan rujukan terus daripada sumber asal yang menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.            

 Beliau juga merasakan adanya peningkatan kemahiran komunikasi dalam kedua-dua bahasa di kalangan pelajar dan beliau berharap agar semua pelajar dapat menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris serta bahasa asing yang lain demi kecemerlangan akademik mereka.           

  Manakala itu, menurut Ustazah Arnida binti Abu Bakar yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, penggunaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan bahasa pengajaran  dan pembelajaran di USIM dapat membantu para pelajar mendapat tempat di prasana pekerjaan selain keunikan pembelajaran di USIM yang menjurus kepada pengajian Islam. Ini juga kerana, USIM merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi baru yang mempunyai pelajar yang tidak ramai dan faktor ini memberi sedikit kelebihan kepada lepasan graduan USIM kerana saingan antara mereka tidak terlalu besar dan kemahiran yang di miliki oleh mereka dari sudut penggunaan kedua-dua bahasa memberi peluang yang cerah kepada mereka. 

Antara cabaran dalam merealisasikan penggunaan kedua-dua bahasa di kalangan pelajar menurut pandangannya ialah pelajar terpaksa berfikir dua kali dan teragak-agak untuk berkomunikasi dan cuba menjauhkan diri daripada bertembung dengan pensyarah kerana masih takut-takut untuk berkomunikasi dalam kedua-dua bahasa dan keadaan ini mewujudkan jurang antara pelajar dan pensyarah. 

Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh beliau ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung ialah tahap bahasa yang digunakan oleh beliau samada tinggi atau rendah tidak dapat dicapai oleh para pelajar dan ini memerlukan masa untuk menerangkan kepada pelajar. namun begitu beliau tidak pula rasa terbeban dengan cabaran ini.    

  Sementara itu, Hannan A’qilah Amran, 19 tahun, pelajar Tamhidi Sains dan Teknologi berkata, beliau menghadapi sedikit kesukaran dalam memahami apa yang dipelajari dalam Bahasa Arab kerana tidak menguasai pebendaharaan kata dalam Bahasa Arab, namun begitu beliau tiada masalah dalam memahami pelajaran yang menggunakan Bahasa Inggeris kerana sudah biasa dan menguasai bahasa tersebut. 

Walaubagaimanapun, beliau beranggapan cabaran ini memberi semangat kepada beliau untuk terus berusaha mempelajari dan menguasai Bahasa Arab walau pada mulanya merasakan kesusahan dan wujudnya jurang antara pelajar yang menguasai kedua-dua bahasa ini. 

Tambahnya lagi, penggunaan kedua-dua bahasa dalam pembelajaran lebih menyeronokkan dan dapat membantu mempertingkatkan penguasaan beliau dalam bahasa serta memudahkan beliau mendapatkan buku rujukan yang lebih banyak didapati dalam Bahasa Inggeris. 

Selain itu, beliau rasa lebih yakin untuk bergaul dengan orang lain kerana mempunyai asas dalam Bahasa Arab dan menguasai Bahasa Inggeris. Beliau turut berharap agar dapat menguasai lebih mendalam lagi kedua-dua bahasa dan dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian dan bukan sahaja di dalam kelas. 

Filzah binti Nawwar, 21 tahun pelajar tahun 1 di USIM pula berkata, beliau menghadapi kesukaran dalam mengaplikasikan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang dipelajarinya di kelas, ini  kerana beliau merasakan tiada suasana bahasa yang wujud dalam komunikasi antara pelajar.   

Tambahnya lagi, walaupun beliau kurang yakin menggunakan kedua-dua bahasa ketika perbincangan dan berkomunikasi dengan pensyarah kerana kurangnya pengetahuan pebendaharaan, beliau tetap berusaha memperbaiki kelemahan itu demi kecemerlangan akademiknya. 

“Penggunaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan bahasa pembelajaran menjadikan USIM istimewa berbanding universiti lain yang hanya mementingkan Bahasa Inggeris semata-mata” 

“Penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris mampu membantu pelajar mendapat peluang pekerjaan di masa hadapan dan kelebihan ini dapat dikecapi oleh pelajar yang memanfaatkannya”,ujarnya.

 Kesimpulannya, dari sudut kelebihan dan kebaikan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di USIM ialah dapat melahirkan graduan yang berpotensi untuk berkomunikasi dengan baik dalam kedua-dua bahasa serta mampu bersaing dengan graduan dari universiti lain. 

Selain itu, peluang pekerjaan bagi graduan lepasan USIM lebih cerah dan luas, ini kerana pasaran pekerjaan masa kini sangat mementingkan aspek kemahiran berkomunikasi dalam kedua-dua bahasa terutama sekali Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa.

 Faedah penggunaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris  yang dapat di kecapi oleh warga USIM khususnya para pelajar ialah dapat memantapkan dan memahirkan diri dalam bidang  bahasa dan dalam bidang kemahirannya yang sangat bertepatan dengan wawasan USIM iaitu memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan dunia sejagat.

 Namun begitu, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam memastikan keberkesanan matlamat dan juga tujuan USIM menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar serta bahasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 

Antara cabaran yang di maksudkan ialah kurangnya kesedaran di kalangan pelajar betapa pentingnya kedua-dua bahasa dalam kehidupan kini dan masa hadapan kerana kebanyakan pelajar tidak menunjukkan kesungguhan dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari dan tidak menggunakan secara keseluruhan bahasa tersebut ketika proses komunikasi sesama mereka. 

Selain itu, kurangnya kerjasama dalam pelbagai peringkat seperti pelajar dan kakitangan kerana masih menggunakan bahasa ibunda secara meluas tanpa memahirkan diri untuk berkomunikasi dalam kedua-dua bahasa serta tidak semua warga USIM mempunyai asas dalam salah satu bahasa terutama Bahasa Arab.

 Kurangnya suasana bahasa di kalangan warga USIM sendiri serta kekurangan material seperti papan tanda dan papan iklan dalam kedua-dua bahasa juga merupakan penyumbang kepada kurangnya keberkesanan matlamat penggunaan kedua-dua bahasa ini di USIM.

 Namun begitu, bagi mengatasi permasalahan dalam mewujudkan suasana bahasa dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris ialah perlunya kesedaran dalam diri warga USIM serta galakan dan sokongan oleh semua pihak bagi merealisasikannya dan mewujudkan suasana bahasa di USIM.   

 Selain itu, warga USIM juga perlulah berusaha mempraktikkan kedua-dua bahasa dalam perbualan harian sesama mereka terutama di kalangan para pelajar serta sama-sama menimbulkan galakan yang berterusan seperti kempen kepentingan bahasa dan menubuhkan kelab bahasa dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

 Perubahan dari sudut mentaliti juga perlu, ini kerana sesetengah pelajar  mengaggap pelajar yang berkomunikasi menggunakan kedua-dua bahasa ini sebagai orang yang lupa asal usul dan lupa akan bahasa ibunda dan memandang serong dan mengaggap mereka ini berlagak dan ingin menunjuk-nunjuk.

 Selain itu, sifat malu dan rendah diri untuk menggunakan kedua-dua bahasa ini perlu dikikis bagi memastikan kemajuan diri dalam kemahiran komunikasi dan bahasa, seterusnya tercapai matlamat USIM itu sendiri dalam menggunakan kedua-dua bahasa tersebut. 

6 responses to this post.

  1. Posted by kupu on March 23, 2009 at 3:50 am

    saya bekas pelajar usim tetapi telah berpindah ke ukm,
    alasannya kerana bahasa penghantar yang di gunakan membebankan. juga secara keseluruhan ia membebankan pelajar. ini kerana saya merupakan pelajar fst. perlu mahir dalam 2 bahasa serentak. dan juga dari segi enviroment pula, ia tidak menggambarkan kehidupan beruniversit tetapi lebih kepada kehidupan sekolah berasrama. tidak terdapat gerakan2 yang diketuai oleh pelajar. yang ada adalah program yang semuanya diatur oleh pihak pengurusan.
    pihak u juga perlu menimbangkan cara pembelajaran agar selaras dengan apa yang ada. sebagai contoh, pensyarah memberi assigment yang memerlukan buku2 ilmiah yang tidak terdapat dalam library di usim. dapat dibuktikan dengan kehadiran pelajar2 usim setiap mggu di lbrary ukm…
    hal ini amat membebankan dari segi masa n kos kewangan….komen ini bukan untuk merndahkan tp sebagai satu proses ‘check n balance’ untuk pihak usim…wassalam

    Reply

    • salam

      thank kupu cz sudi komen recana y sya coretkan. utk pengetahuan kupu, sya setuju dgn komen y d berikan krn sya sendiri mengalaminya selama 4 thn dn sya kini di sem akhir.

      Namun apa y sya harapkan agr penggunaan kedua2 bhs ini mampu menjadi pemangkin kpd kejayaan pelajar2 USIM sendiri. spt sya sendiri di permulaan sem mmg lah terasa bebanannya, tp lama kelamaan ia sedikit sebanyak membantu sya menpertingkatkan penguasaan sya di dlm kedua2 bhs.

      mengenai kelemahan USIM dr sudut kekurangan bahan ilmiah, sya akuinya dn turut melalui nya. Namun semua itu memberi pengalaman kpd sya. Sepanjg sya belajar di USIM sudah byk wang y sya peruntukkan utk pergi ke libry2 lain spt libry UKM,UM dan perpustakaan negara. Namun penat lelah dan pengorbanan itu memberi sya pengalamn y sgt beharga.

      Tentang invironment pula, sya kurang setuju dgn apa y kupu nyatakan kerana pihak universtiti byk mengadakan aktiviti2 utk para pelajar cumanya samada pelajar itu merebut peluang atau berpeluang mengikutinya. Namun alhamdulillah setakat pembelajaran sya di USIM byk jg aktiviti2 y tlh sya sertai samada di peringkat fakulti dan universiti. Dan setiap fakulti di beri peruntukan utk membuat sebarang aktiviti y bermanfaat.

      Mungkin kerana kupu dari FST dan tentu memberi tekanan pd kupu utk memperaktikkan kedua2 bhs dalam pembelajaran namun apa y sya lihat ianya satu kelebihan kpd pelajar FST itu sendiri krn mahir dalam bidang y di ceburi dn mengetahui sedikit asas dalam bhs arab.

      Apa pun, semoga kupu berjaya dan syukran ats komen y di berikan. Dan Isnyaallah sya akn cuba panjangkan komen kupu ke pengetahuan pihak Universiti agr ada perubahan yg memberi kebaikan kpd pelajar USIM.

      Allah Ma`ak.. Wsalam

      Reply

  2. Posted by shahrun on April 27, 2009 at 4:14 am

    hurm…saya pun amat bersetuju ngan komen kupu dan juga jawapan dr shakirah ni…

    sbgi tambahan bg pandangan kupu tuh, mmg sewajarnya pihak USIM memantau dan mencari jalan bagaimana untuk memperbanyakkan lagi sumber2 rujukan bagi pelajar2.

    Jika difikirkan secara rasional, kita mempunyai hak untuk menyoal pihak USIM kerana apa yang ada di USIM adalah daripada duit yuran pelajaran yang kita bayar.

    Adalah mustahil bagi pihak USIM untuk memandang sebelah mata hingga menyukarkan pelajar2 bagi membuat rujukan.

    Kenyataan dari Shakirah ada benarnya. Ianya juga melatih diri kita untuk tidak bergantung kepada kesenangan yang ada. Dari itu kita harus korbankan sedikit masa dan juga wang ringgit demi mencapai kejayaan yang cemerlang.

    Justeru itu, kepada kupu dan Shakirah, didoakan agar menjadi pelajar dan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang….syukran..

    Reply

  3. Posted by Romie on June 20, 2009 at 4:00 am

    Salam,

    Saya tertarik dgn artikel Dr. dan komen dari para pelajar. Saya merupakan antara pensyarah2 baru di USIM. Saya besetuju dgn usaha pihak USIM menggunakan dwi bahasa tersebut akan tetapi adakah kajian-kajian yang dijalankan untuk mengetahui sejauhmana keberkesanannya daripada kehidupan seharian pelajar,pembelajaran hinggalah menjadi produk USIM. Saya tidak pasti samada para pensyarah telah diberikan model konsep untuk pengajaran dalam 2 bahasa ini. Pada pendapat saya perlu ada suatu model yang digunakan dimana model itu telah berjaya dalam membantu para pelajar dalam pembelajaran dan pekerjaan mereka. Jadi semua pensyarah akan menggunakan model konsep yang sama, ketidakcekapan pensyarah dalam mengendalikan kuliah dalam kedua2 bahas tersebut atau kombinasinya mungkin menyebabkan pelajar rasa terbeban dengan subjek2 mereka kerana tidak faham tetapi malu nak bertanya dalam bhs arab atau inggeris. Bagi saya yang penting adalah pemahaman mereka dan proses belajar bermula dari bertanya (iman al ghzali). Pengalaman saya sebagai pelajar di IPTA yang menggunakan 100% bahasa Inggeris, pensyarahnya membenarkan pelajar bertanya dalam apa jua bahasa asalkan pelajar ingin lebih memahami sesuatu pelajaran. Pensyarah mungkin akan menjelaskan dalam bahasa melayu ataupun tetap menggunakan bahasa inggeris dgn lebih mudah difahami. keterbukaan pensyarah seperti ini dapat membantu pelajar melepaskan apa yang terpendam dihati mereka dgn bertanya dlm bahasa yang dia lebih fasih. Namun initsiatif seperti ini adalah dipratikkan oleh segelintir pensyarah sahaja, yang lain kebanyakkan mewajibkan bertanya dalam bahasa inggeris. Akan tetapi pelajar sendiri juga harus buang rasa malu dan rendah diri sekiranya penguasaan bahasa inggerisnya tidak baik, kerana disin adalah tempat anda belajar. Anda harus berani…

    Mengenai aktiviti2 pelajar yang dijalankan oleh pelajar sendiri saya bersetuju bahawa ianya perlu muncul dari kesedaran pelajar sendiri untuk bangun dan membina kekuatan dalam persatuan. Anda mampu membawa suara2 anda ke perngkat atasan melalui perbincangan dalam persatuan kerana pelajar USIM mempuyai latarbelakang pendidikan yang cemerlang. Di IPT terutamanya di IPTA, kamu bukan sekadar belajar dan lulus dengan cemerlang sahaja tetapi disini juga tempat kamu melatih peribadi kamu menjadi pemimpin,penyumbang,dan pelbagai lagi pembangunan insan sebelum kamu melangkah ke alam pekerjaan.

    Saya fikir pelajar USIM amat beruntung kerana anda balajar di universiti serba baru, oleh itu ambillah peluang untuk menjadi perintis dan platform kukuh dalam persatuan pelajar untuk mengharumkan nama universiti hari ini dan akan datang. Disini MPP harus menjadi pemula sebagai pemimpin dan tulang belakang kepada pembangunan insan para pelajar. Di universiti yang telah kukuh seperti UKM memang telah wujud persatuan2 pelajar yang tersohor dan MPP nya juga antara yang terbaik. Mereka yang baru sahaja memasuki UKM pada tahun 2000 ke atas sudah pasti akan terpimpin oleh persatuan2 yang sedia ada. Di USIM anda harus menjadi perintisnya. Kepada pelajar2 USIM saya mengucapkan selamat belajar dan selamat membina suasana cemerlang universiti anda.

    Reply

  4. Bagus lah penting kan bahasa inggeris..nanti para graduan tidak akan gementar tentang bahasa inggeris semasa di alam pekerjaan..satu permulaan yang sungguh baik! Sesiapa yang ingin belajar teknik belajar bahasa inggeris..layari mahirbahasainggeris.com

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: